Saturday 2 April 2011

Resepi Sambal Goreng Jawa




Sekarang saya akan ajar korang semua satu resipi baru iaiti Resepi Sambal Goreng Jawa. Resipi ini saya dapat dari emak saya. Ringkas jer bahan2nya mengikut apa yg ada kat dapur kita.  boleh ditambah hati ayam/lembu atau sebagainya kalau mau. tetepi asasnya tetap sama.
 Bahan-bahan:
10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
Tempe, tauhu potong kecil(dadu) dan goreng.
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan
¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
100 gm soo hoon
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula dan garam,

Cara-cara memasak:

1.     Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.
4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam, santan pekat dan soo hoon, jika suka boleh bubuh petai.
5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.



cubela kalu tau sedap ke x


2 comments:

  1. Feverettt ni.. must try resepi hehe.. sy ambik resepi ni ya.. tq ;)

    ReplyDelete
  2. sedap...mkn pulak dgn nasi ambeng...

    ReplyDelete