Follow by Email

Sunday, 3 April 2011

Punten Nasi bersama Sambal Ikan Bilis

Sekarang kita nak masak nasi pulak..tapi masakan ni special n laen sikit,,kalau nak tau mai baca resipi ni..jom.


Bahan-Bahan
 2 put beras
¼ santan/ kelapa parut
Garam
1 helai Daun pandan wangi
Ikan bilis @ telur ayam atau itik
Cili padi
Belacan
Secukup rasa Maggie

Cara membuat punten nasi
 Ada dua bahan yang berlainan untuk membuat punten ini.
Pertama, masukkan 2 put beras bersama santan yang banyak sedikit untuk nasi menjadi lembik sedikit, dan letakkan sedikit garam, jangan lupa pula daun pandan wangi untuk mengharumkan bau punten nasi. Kemudian masak sehinnga lembik.

Bahan kedua pula masak beras bersama kelapa parut dengan menggunakan air yang banyak air yang banyak dan seterusnya ikut langkah bahan yang pertama.

Setelah punten nasi masak, letakkan punten di dalam loyang dan ratakan dan padatkan punten di dalam loyang.Punten ini akan menjadi keras apabila is sejuk.

Cara membuat sambal
Membuat sambal ikan bilis untuk punten nasi ini sama juga dengan sambal ikan bilis yang lain cuma,punten ini boleh di makan sekali dengan kari ayam atau daging.

Cara penyediaan

Potong punten nasi dalam loyang dan ambil sambal ikan bilis di tuang diatas punten dan juga boleh di makan sekali dengan ikan masin atai ikan pekasam.
 Selamat mencuba dan menikmati dengan kelazatannya..huhuh

No comments:

Post a Comment