Follow by Email

Sunday, 3 April 2011

Getuk ubi

 

getuk ubi bermacam2 bentuk dan warna
Assalammualaikum dan selamat petang semua .Kami sekeluarga hari ini minum petang dengan Getuk Ubi....kuih orang lama tapi tak lapok dik zaman dan sedap dimakan.... resepinya ini saya belajar dengan nenek di sebelah umah saya,

 Bahan-Bahan:
2 kg ubi kayu (bersihkan dan potong kecil-kecil )
80 ml air
300 gm gula tanjung (merah)
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 biji kelapa parut putih
2 helai daun pandan
loyang persegi 8'x 8' (gris dgn sedikit minyak)

Cara memasak:
1) Kukus kelapa parut dgn daun pandan dan sedikit garam.
2) Gula tanjung, gula pasir, garam dan air di masak hingga gula larut dan pekat sedikit.
3) Kukus ubi hingga empuk selama kira-kira 25-30 minit. Masukkan ke dalam bekas dan lecekkan semasa ia panas. Tuang gula sedikit-sedikit dan gaul rata. Alihkan ke dalam loyang persegi empat dan tekan hingga padat/mampat.
4) Sejukkan getuk ubi ini sebelum dipotong dan dibubuh kelapa parut."



getuk ubi ini juga di kenali sebagai kuih issabella 
selamat mencuba

No comments:

Post a Comment