Sunday 3 April 2011

Awok-awok




inilah awok-awok yang saya maksudkan..sedap..
Bahan-bahan
Bahan A
1 kilo Tepung pulut
4 biji kelapa parut
Garam
Gula pasir

Bahan untuk membungkus
Daun pisang ( dikerat 1 jengkal)
Beteng ( lidi yang ditajamkan)

Bahan inti
Gula merah

Cara memasak
Campurkan Bahan A iaitu tepung pulut, kelapa parut dan sedikit  gula pasir, garam kemudiam gaul sehingga rata.
Ambil bahan  untuk membungkus pula iaitu daun pisang yang telah  dikerat 1 jengkal, dan kemudian ambil bahan A pula, letakkan sedikit diatas daun pisang dan  masukkan gula merah sedikit untuk inti bahan A dan akhir sekali, lipat daun pisang dengan bentuk tiga segi dan cucukkan beteng setelah daun pisang di lipat. Setelah siap masukkan dalam kukusan sehingga masak. Kemudian angkat dan biarkan sehingga sejuk..

Cara penyediaan
Awok-awok ini di makan begitu sahaja, ada orang suka mkan awok-awok ini ketika panas dan ada juga yang suka makan ketika sejuk, tetapi lagi sedap awok-awok ini di makan ketika panas.. Ia juga sesuai untuk minum petang
bersama-sama keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment