Follow by Email

Sunday, 27 March 2011

Nasi Ambeng Stail Jawa


Tentu ramai yang tak tahu apa itu 'nasi ambeng'. Ini adalah merupakan makanan tradisi masyarakat jawa yang kian pupus. Banyak juga bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan satu hidangan 'nasi ambeng' yang sempurna.
'Nasi Ambeng' ini biasanya dihidangkan semasa kenduri. Ia juga sangat pedas kerana kebanyakan orang jawa suka makan pedas dalam suma masakan. Waktu makan, para jemputan hanya jamah sedikit sahaja, kemudiannya akan membungkus untuk dibawa pulang dan.Tuan rumah akan menyediakan daun pisang, kertas surat khabar dan tali setiap seorang. Dalam satu talam, hidangan dibahagi kepada 4 orang.

Bahan wajib untuk 4 orang untuk makan nasi ambang ialah

1. Nasi putih
2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masin
3. Mee goreng
4. Serunding kelapa
5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)
6. Sambal tempe
7. Talam
8. Daun pisang

Di sini juga saya tunjukkan beberapa resepi mudah untuk lauk
di atas..

Mee goreng Jawa
Bahan :
Mee kuning 2 paket
Taugeh 50 sen

Bahan untuk di mesin
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1.5 biji buah keras
kicap mee 4 sudu ( agak2)
lada kering 2sudu
1 sdb lada hitam
1 sdb udang kering
letak sos dan gula untuk manis (* lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)


Caranya:
Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing.
Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.

Serunding kelapa
Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesinjintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus

Caranya:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat

Setelah lauk2 telah masa,.cara menghidang nasi ambeng ini pula berbeza dengan makanan lain,dan amat unik sekali.

cara menghidangnya ialah mula-mula ambil sebuah talam atau dulang dan letak kan daun pisang diatasnya.., selepas itu letakkan nasi putih dalam satu bekas besar, kemudian tekan nsi putih itu supaya mampat,  dan telangkup kan bekas itu di atas talam. Letakkan daun pisang atas nasi selali lagi,, dan akhir sekali susun lauk2 tadi diats daun pisang..  selepas di hidang boleh la jemput makan,, dan Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment